Buku SJRTT Umrah dan Adab Ziarah Madinah TAMB

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang
Umrah & Adab Ziarah Madinah
Tapi Anda Malu Bertanya...

Penulis: Ustaz Zahazan Mohamed
Kod Katolog: TBBK 1126
Kod ISBN: 978-967-5102-61-5
HARGA: RM20.00

Buku ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah umrah di Makkah dan Madinah. Antara faedah yang boleh didapati daripada buku ini ialah: Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan umrah dan ziarah Madinah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu.
* Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru.
* Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah.
* Boleh dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama ketika mengerjakan umrah dan ziarah.
* Carta Aturan Pelaksanaan Umrah sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan umrah itu sebagai satu overview.

No comments:

Post a Comment