Dilema Melayu-Islam Kurang Fikir Atau Kurang Zikir? |
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Kod Katalog: TBBK 1083
Kod ISBN: 978-967-5102-14-1
HARGA: RM30.00
Buku ini sangat unik dan diterbitkan pada masa yang sangat sesuai kerana ia:
- Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu-Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.
- Memberi pandangan “di luar kotak” untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan pelaksanaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah, peranan hamba dan khalifah, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fakir (ketinggian teknologi).
- Menjelaskan pelaksanaan “berpolitik sebagai satu ibadah” untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin Melayu ke arah pembentukan generasi yang lebih berintegriti dan kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini.
- Menangkis obsesi diri dan kumpulan menerusi pendekatan perjuangan yang lebih dinamik, pragmatik, praktikal dan toleran berasaskan ketulusan memanfatkan persamaan dan ketelusan menguruskan perbezaan.
- Mengajak bangsa Melayu-Islam berfikir… jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu “pengkongsian pintar” sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk “persaingan sihat” juga turut tertutup?
No comments:
Post a Comment