Wasiat Kepada Anak

Assalamualaikum

Kami ingin berkongsi dengan semua wasiat dan model pendidikan untuk anak-anak yang dipetik dari buku 'Anakku Hebat Anakku Soleh' karangan Ustaz Zahazan Mohamed.

Semoga bermanfaat :)

m.s. 181 - 185

Wasiat Wanita Arab pada Anak Lelakinya.
1. Pemberian Allah yang sedikit lebih bermanfaat daripada akalmu yang banyak.
2. Jauhilah para pengumpat dan pengadu domba kerana ia menyebabkanmu susah.
3. Jika engkau bersahabat, carilah yang pemurah. Orang yang pemurah akan menyenangimu.
4. Amanahlah pada setiap urusan kerana ia adalah sikap yang terpuji.

Wasiat Al-Munzir bin Al-Munzir untuk Anaknya Al-Nu'maan.
1. Elakkan dirimu daripada menjauhi kawan-kawan yang baik dan daripada ilmu-ilmu yang lucu.
2. Jauhilah daripada sikap berjinak-jinak dengan raja-raja dan berlawak dengan orang-orang bodoh.
3. Biasakanlah diri dengan menyendiri. Selalulah bangun malam, pakailah pakaian yang keras (tidak lembut sangat). Pakaian adalah yang menyempurnakan dirimu dan yang menjaga kehormatanmu.
4. Sifat malu adalah sifat baik yang pertama yang perlu ada dalam dirimu. Adakanlah ia dalam dirimu.
5. Diam dalam perkara yang tidak penting bagimu adalah lebih baik.

Wasiat Abdul Malek bin Sholeh kepada Anak Lelakinya.
1. Anakku, berkelakuan lembutlah kerana sifat lembut adalah sifat yang baik, siapa yang memahami dia akan bertambah.
2. Sabar atas kesusahan memelihara hatimu.
3. Sebaik-baik sifat adalah qanaah. Seburuk-buruk perkara ialah hasad dengki.
4. Lemah lembutlah dalam meminta. Lakukanlah dengan baik setiap pekerjaan. Mungkin sesuatu permintaan membawa pada pertelingkahan.
5. Siapa yang menjauhi kebenaran sempitlah jalannya.
6. Pilihlah kawan yang paling baik sikapnya.
7. Seburuk-buruk kata-kata ialah yang tidak menepati antara satu sama lain.
8. Sifat meremeh-remeh akan menyusahkan lagi urusanmu.
9. Kawan yang setia adalah yang baik padamu, saudaramu adalah yang memuhasabahkan dirimu, sahabatmu adalah orang yang kamu setia padanya.
10. Rukun adab-adab yang baik ialah sifat lembut.

Kalau nak baca dengan lebih terperinci, boleh dapatkan buku ini dari kami :) Sangat berbaloi untuk dimiliki.

No comments:

Post a Comment